Ahad, 12 Mei 2013

RAHSIA MENJADI KAYA

asalamualaikum dan salam maju jaya....

saya pernah terbaca beberapa tips untuk murah rezki dan jadi kaya. perkara ini perlu diamalkan dengan penuh keyakinan... antara tipsnya ialah:

1) banyakkan bersedekah- orang mesti hairan kenapa makin sedekah makin kaya. itulah rahsianya. menurut pembacaan saya syed mokhtar bukhari adalah orang yang suka bersedekah.

 2) menghubungkan silatur rahim. bagi yang ada mak dan ayah kenalah menjaga hubungan yang baik. ini juga terbukti pada beberapa orang hebat berjaya disebabkan oleh hubungan yang baik dangan mak dan ayah. hubungan dengan sanak saudara juga perlu dijaga.

3) banyakkan istigfar- orang yang banyak minta ampun akan dilapangkan rezki oleh allah. manakala orang yang banyak melakukan maksiat akan disempitkan rezki oleh Allah taala.

4) solat sunnat dhuha- amalan sunnat dhuha akan melapangkan rezki seseorang berdasarkan hadis Nabi S.A.W.

5)  menjadi insan yang bertaqwa- ini kerana al-quran sendiri memberi jaminan barang siapa yang bertaqwa akan lapangkan rezkinya.

ok, sampai disini saja perkongsian. moga kita dapat mengamalkanya. selamat menjadi usahawan yang bertaqwa. wassalam.