asalamualaikumdan dan salam maju jaya.
pepatah melayu ada menyebut rezeki secupak tidak akan jadi segantang. begitulah juga dengan konsep kewangan kita iaitu kewangan kita tidak akan bertambah menjadi banyak sekiranya usaha kita hanayalah sekadar secupak. Justeru kita perlu bijak menguruskan kewangan kita. Antara contoh perbelanjaan berhemah ialah:
1) Membuat simpanan bulanan.
setelah anda mendapat gaji bulan anda perkara utama yang perlu anda lakukan dahulu ialah membuat simpanan. ini kerana jika anda berbelanja terlebih dahulu nescaya tiada yang baki untuk disimpan. konsep pengurusan wang yang bijak ialah anda simpan dahulu sedikit dari gaji anda, buat bayaran-bayaran wajib seperti hutang rumah dan kereta, bayaran lain2, barangan dapur dan jika terdapat lagi baki pada hujung bulan masukkan dalam simpanan.
2) membuat akuan bulanan
tujuannya ialah untuk mengetahui barapa kos perbelanjaan kita pada bulan itu. adakah sama dengan bulan yang sebelum atau lebih. tujuan lain ialah untuk mengetahui ke mana duit kita pergi. kaedah ini akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam bebelanja.
3) membeli barang yang perlu.
anda hendaklah tahu membezakan antara keperluan dan kehendak. keperluan adalah suatu perkara yang mesti seperti makan,pakai, dan rumah. manakala kehendak adalah perkara yang sampingan sebagai contoh makanan yang mahal, pakaian yang berjenama dan mahal dan rumah mewah. Belilah barang yang perlu sahaja, bersukur dan elakkan pembaziran. sebagai contoh jika kita ada banyak baju dan masih banyak yang tersimpan dalam almari jadi tak perlulah untuk kita beli yang baru. jika sekali sekala atau ada wang yang lebih baru beli.
4) beli barang yang murah
membeli barang yang murah boleh menjimatkan. Barang yang murah jika dijaga akan tahan lama seperti barang yang mahal. Anda juga boleh membeli barang yang mahal tetapi belilah pada masa ada sale ianya akan menjimatkan wang anda.
5) membuat pelaburan.
wang yang ada simpan seeloknya dilaburkan dengan bijak.pilihlah unit amanah yang betul dan memberi jaminan keuntungan kepada anda sebagai contoh laburkan wang anda di dalam ASB atau tabaung haji. membeli Emas atau perak ( boleh juga membuka akaun emas dan perak di mana-mana bank).
6) menyediakan sampul perbelanjaan tetap
menyediakan sampul perbelanjaan dan anda perlu menetapkan minimun setiap bayaran seperti bil TNB, bil Telefon, bayaran rumah, bayaran kereta, perbelanjaan dapur dll. jika bulan itu perbelanjaan kurang dan terdapat baki anda boleh simpan atau topupkan sahaja untuk bulan hadapan. sediakan juga sampul wang kecemasan.
6) bersukur dan elakkan pembaziran
bersukur akan membuatkan kita lebih berjumat cermat. manakala menjauhkan diri dari sifat membazir akan mengelakkan kita dari kerugian wang.
sekadar itu perkongsian saya. semoga ianya bermanfaat. wassalam.