Selasa, 16 April 2013

Biar wang bekerja untuk anda........................ antara unit trust yang aktif.

PHB agih pendapatan 3.35 sen seunit
Wartawan Sinar Harian
16 April 2013
PHB agih pendapatan 3.35 sen seunit
Bangunan pejabat 20 tingkat di Bangsar South City adalah hartanah terbaru dibeli PHB.
Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (Maybank AM) mengumumkan pengagihan pendapatan interim 3.25 sen seunit bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2013.

Jumlah itu membawa kepada pengagihan pendapatan RM33.7 juta dan yang kelima dilakukan oleh AHB kepada pemegang unit sejak dilancarkan November 2010.

Bagi pelaburan tunai, pengagihan pendapatan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang unit pada 16 April 2013 manakala bagi Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 KWSP.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, AM Nor’ Azamin Salleh berkata, sejak dilancarkan, AHB mendapat sambutan luar biasa daripada pelabur Bumiputera seluruh negara dan dana diperuntukkan dilanggan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

"Pada suku keempat 2012, apabila pengumuman dibuat untuk menambah saiz dana sebanyak 500 juta unit, AHB terus mendapat sambutan positif bagi unit tambahan itu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, nilai keseluruhan aset PHB yang telah siap dibina kini berjumlah lebih kurang RM1.8 bilion.

“Pembelian ini membuktikan tumpuan kami terhadap pelaburan hartanah bermutu tinggi yang mempunyai potensi pertumbuhan.

"Pengambilalihan terbaru PHB adalah bangunan pejabat 20 tingkat yang dikenali sebagai Menara 3, Avenue 7 yang terletak di Bangsar South City. Buat masa ini, bangunan itu dihuni terutamanya oleh syarikat antarabangsa," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan