Sabtu, 19 Oktober 2013

konsep perniagaan orang cina.

asalamualaikum dalam salam sejahtera. 

peta negara china


Bangsa cina sememangnya terkenal dengan sikap rajin bekerja dan pandai dalam perniagaan. semenjak dahulu lagi sikap rajin mereka dikagumi sehingga bangsa cina terkenal diseluruh dunia. Di mana ada bandar di situ ada bangsa cina contohnya di U.S. adanya chinatown. 

salah sebuah Chinatown


antara rahsia bangsa cina ialah:-
1) perniagaan adalah maruah. 
orang cina kurang kerja makan gaji macam kita. mereka lebih gemar berniaga kerana bagi mereka perniagaan adalah suatu maruah dan kebanggaan. apabila bertemu sanak saudara mereka akan saling berbual mengenai perniagaan masing-masing. bertukar cerita dan berkongsi pengalaman. jika ada peluang memajukan perniagaan mereka akan saling membantu.

2) rajin dan tidak mudah putus asa.
sikap rajin  dan tidak mudah putus asa bangsa cina adalah sangat dipuji. penulis pernah lihat bangsa cina di tempat tinggal penulis yang rata-rata berniaga. kebanyakan mereka begitu semangat menjalankan perniagaan kerana bagi mereka jika malas akan miskin.

3) jalinan perniagaan.
bangsa cina tidak seperti sesetengah bangsa yang iri hati dan saling menjatuhkan. bangsa cina kebanyakan bersaing secara sihat. orang cina mempunyai jaringan yang kuat antara satu sama lain samada bagi mendapatkan modal perniagaan, ilmu berniaga dan lain-lain lagi. sebagai contoh ada sebuah kedai perabut yang SPM pun tidak lulus tetapi dapat menjalankan perniagaan perabutnya dengan baik. penulis bertanya dari mana dapat modal? tauke itu pun jawab ini semua barang pak cik saya, saya cuma tolong jual saja. ini menunjukkan melalui jaringan ini tiada duit bukan masalah kerana barangan boleh pusing dengan menjual barangan orang lain terlebih dahulu.

4) amanah
orang cina amanah dengan wang dan kerjanya. jarang kita lihat orang cina curi tulang semasa kerja. kadang-kadang masa makan dan rehat pun adalah masa untuk bekerja. orang cina juga amanah dengan wang diperolehi. mereka tidak akan joli keuntungan yang ada terlebih dahulu sebaliknya keuntungan akan disimpan sebagai modal membesarkan perniagaan.

5) untung sikit cukup
pada mulanya penulis tidak percaya pada seloga ini. tetapi setelah penulis membaca sebuah buku mengenai sikap orang cina dalam perniagaan baru penulis faham. orang cina tidak mengharapkan untuk besar serta merta tetapi mereka mengharapkan untung yang berpanjangan. kerana keuntungan berpanjangalah yang akan memastikan hidup mati sebuah perniagaan.

6) mulalah dari yang kecil.
oarng cina percaya setiap yang besar bermula dari yang kecil. tidak ada suatu perkara ber,mula dari yang besar. untuk berjaya dalam perniagaan kita hendaklah bermula dari kecil-kecilan. maksudnya, untuk berjaya kena mulakan perniagaan walaupun ianya secara kecil-kecilan. jika tidak dimulakan bagaimana hendak mengharapakan perniagaan yang besar. pasar raya yang beser asalnya bermula dari sebuah kedai runcit sahaja.


sampai sini sahaja perkongsi. salam maju jaya. wasssalam.

Ahad, 6 Oktober 2013

bijak urus wang

asalamualikum dan salam maju jaya.

ilmu menguruskan wang merupakan suatu kemahiran yang perlu di pelajari dan dikuasai. tanpa ilmu dan kemahiran ini, wang yang tinggi setinggi gunung juga lambat laun akan habis jua. 

 dengan ilmu dan kemahiran yang dipelajari akan membuatkan wang yang kita ada bertumbuh subur dengan baik. terdapat dua cara untuk mendapatkan ilmu dan pengurusan wang ini. pertama dari agensi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dan yang kedua agensi berbayar.

1) agensi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan biasanya tidak mengenakan apa-apa bayaran terhadap khidmat nasihat kewangan yang diberikan. anatara agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan ialah Agensi kaunseling dan pengurusan kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK dan bank negara malaysia.

2) agensi berbayar pula terlalu banyak. untuk mendapatkan khidmat secara berbayar memang sangat mudah asalkan anda sanggup untuk membayarnya.... rasanya penulis tidak perlu untuk tuliskan nama agensi2 yang menjalankan khidmat nasihat kewangan. anda hanya taip di google akan terpampang nama2 agensi berkenaan.

kesimpulannya, ambillah masa mencari ilmu untuk menguruskan wang anda agar anda tidak mudah ditipu dan wang anda akan lebih bertambah dengan cara yang betul. salam maju jaya.