asalamualaikum dalam salam sejahtera.
![]() |
peta negara china |
Bangsa cina sememangnya terkenal dengan sikap rajin bekerja dan pandai dalam perniagaan. semenjak dahulu lagi sikap rajin mereka dikagumi sehingga bangsa cina terkenal diseluruh dunia. Di mana ada bandar di situ ada bangsa cina contohnya di U.S. adanya chinatown.
![]() |
salah sebuah Chinatown |
antara rahsia bangsa cina ialah:-
1) perniagaan adalah maruah.
orang cina kurang kerja makan gaji macam kita. mereka lebih gemar berniaga kerana bagi mereka perniagaan adalah suatu maruah dan kebanggaan. apabila bertemu sanak saudara mereka akan saling berbual mengenai perniagaan masing-masing. bertukar cerita dan berkongsi pengalaman. jika ada peluang memajukan perniagaan mereka akan saling membantu.
2) rajin dan tidak mudah putus asa.
sikap rajin dan tidak mudah putus asa bangsa cina adalah sangat dipuji. penulis pernah lihat bangsa cina di tempat tinggal penulis yang rata-rata berniaga. kebanyakan mereka begitu semangat menjalankan perniagaan kerana bagi mereka jika malas akan miskin.
3) jalinan perniagaan.
bangsa cina tidak seperti sesetengah bangsa yang iri hati dan saling menjatuhkan. bangsa cina kebanyakan bersaing secara sihat. orang cina mempunyai jaringan yang kuat antara satu sama lain samada bagi mendapatkan modal perniagaan, ilmu berniaga dan lain-lain lagi. sebagai contoh ada sebuah kedai perabut yang SPM pun tidak lulus tetapi dapat menjalankan perniagaan perabutnya dengan baik. penulis bertanya dari mana dapat modal? tauke itu pun jawab ini semua barang pak cik saya, saya cuma tolong jual saja. ini menunjukkan melalui jaringan ini tiada duit bukan masalah kerana barangan boleh pusing dengan menjual barangan orang lain terlebih dahulu.
4) amanah
orang cina amanah dengan wang dan kerjanya. jarang kita lihat orang cina curi tulang semasa kerja. kadang-kadang masa makan dan rehat pun adalah masa untuk bekerja. orang cina juga amanah dengan wang diperolehi. mereka tidak akan joli keuntungan yang ada terlebih dahulu sebaliknya keuntungan akan disimpan sebagai modal membesarkan perniagaan.
5) untung sikit cukup
pada mulanya penulis tidak percaya pada seloga ini. tetapi setelah penulis membaca sebuah buku mengenai sikap orang cina dalam perniagaan baru penulis faham. orang cina tidak mengharapkan untuk besar serta merta tetapi mereka mengharapkan untung yang berpanjangan. kerana keuntungan berpanjangalah yang akan memastikan hidup mati sebuah perniagaan.
6) mulalah dari yang kecil.

sampai sini sahaja perkongsi. salam maju jaya. wasssalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan