Asalamualaikum dan salam maju jaya.
Pepatah ada menyebut melentur buluh biar dari rebungnya.. Maksudnya didik anak biarlah dari kecil lagi. apa perkara sekali pun mestilah diterapkan sejak dari kecil. Ada pepatah menyebut anak umpama kain putih ibubapalah yang mencorakkan mereka. Ibubapalah yang bertanggung jawab samada menjadikan anak mereka seorang yang bijak mengerus wang atau seorang yang pemboros. Antara contoh untuk didik anak urus wang ialah:
1)didik anak menabung
Ibubapa perlu mendidik anak-anak.untuk menabung sejak dari kecil. Sediakan mereka tabung yang sesuai. Tak kisahlah tabung ayamka, tabung itikka, tabung kelapaka yang penting satu bekas yang boleh dijadikan tabungan. Ajar anak masukan duit ke dalam tabung tersebut setiap kali si anak mendapat duit atau anda ada duit syiling. Di samping itu, jika anak-anak ada duit raya atau duit yang orang beri ajar anak untuk simpan. cakaplah pada anak "duit nie abah simpan ye............., abah simpan di bank "
2) Membuat pilihan
ibubapa perlu mendidik anak untuk membuat pilihan. pilihan yang dimaksudkan ialah memilih samada untuk membeli yang mahal atau yang murah. sebagai contoh di pasar raya tedapat alat tulis yang murah dan mahal. anak-anak pasti akan memilih alat tulis yang mahal kerana ianya cantik dan menarik perhatian mereka. sebagai ibubapa kita perlu memujuk dan memberi tahu pada anak-anak ada barang yang lebih cantik dan harnya lebih murah.
3) didik anak untuk tidak membazir (boros)
ibubapa perlu mendidik anak agar tidak membazir. Dalam erti yang lain berjimat cermat. sebagai contoh didik anak untuk tutup air pili yang mengalir, didik anak untuk makan makan sehingga habis dan guna barang yang ada terlebih dahulu. contoh yang lain jika anak ingin membeli pansel warna yang baru sedangkan yang lama masih ada dan elok ajar anak anda agar guna yang lama terlebih dahulu.
4) bersukur dan berpada
ibubapa perlu mendidik anak untuk bersyukur dan berpada dengan apa yang ada. kerana bersyukur dan berpada dengan yang ada akan menyebabkan wang kita kurang mengalir keluar.
sekadar ini perkongsian saya. salam maju jaya. wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan