Rabu, 25 Disember 2013

E-dagang/jual online

Kedai online makin popular

  • Kedai online makin popular
1 / 1
PASARAN beli-belah dalam talian di Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, menurut penyedia platform membeli-belah dalam talian Rakuten Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rakuten Masaya Ueno berkata, laporan Euromonitor menjangkakan nilai pasaran online di Malaysia meningkat daripada RM842 juta pada 2011 kepada RM1.72 bilion menjelang 2017.

Beliau berkata, prospek pasaran itu turut positif dengan Asia dijangka mendahului pertumbuhan e-dagang di peringkat global dengan jangkaan peningkatan 27.5 peratus, mencecah AS$323.1 bilion (RM1.064 trilion), menurut kajian Goldman Sachs.

"Rakuten Malaysia yakin dengan prospek pasaran pada 2014 kerana ada peningkatan dalam pertumbuhan dan penggunaan e-dagang, pembayaran dalam talian dan perniagaan kandungan digital dalam pasaran Malaysia," katanya dalam satu kenyataan berhubung unjuran industri itu bagi tahun depan.

Menurut beliau, Rakuten Malaysia yang memasuki pasaran negara ini pada November tahun lalu menerima sokongan hebat daripada rakan dagang, penjual dan pelanggan.
"Pada masa ini, terdapat 40,000 produk dipasarkan melalui Rakuten Online Shopping daripada 130 syarikat peruncitan.

"Pemerhatian kami dalam 12 bulan lalu menunjukkan pembelian e-dagang dan sikap pelanggan telah berubah dan menjadi semakin sofistikated," katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan pesat sektor itu dijangka berterusan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, berdasarkan tiga trend utama iaitu jangkaan pengguna yang semakin meningkat, pembelian melalui pelbagai saluran dan penggunaan sepenuhnya khidmat data untuk menjangka sikap pengguna oleh syarikat peruncitan.

Usahawan bumiputera

Bantu Bumiputera ke peringkat global

  • Noraini Ahmad Noraini Ahmad
1 / 1
PROGRAM Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) di bawah seliaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang dimulakan sejak 2004 telah membantu 122 syarikat Bumiputera mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa, setakat ini.

Pengerusi Matrade, Datuk Noraini Ahmad berkata, setiap tahun antara 10 hingga 12 syarikat milikan Bumiputera yang layak akan dipilih untuk menyertai program tersebut.

"Pada 2012, syarikat-syarikat di bawah program BEDP mencatatkan jualan eksport sebanyak RM40.53 juta daripada penyertaan mereka dalam pelbagai aktiviti promosi antarabangsa.

“Ini menunjukkan BEDP berjaya mencapai matlamatnya walaupun jumlah peruntukan diterima adalah terhad,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Matrade memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan bagi membolehkan lebih ramai usahawan Bumiputera mengikuti program itu.

Beliau berkata, Matrade pada masa ini membelanjakan antara RM1 juta dan RM2 juta menggunakan dana operasi agensi itu bagi melaksanakan program tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat yang terpilih mengikuti program itu berpeluang menyertai mana-mana aktiviti promosi eksport antarabangsa dan menyertai seminar, bengkel serta latihan berkaitan eksport anjuran Matrade sepanjang tempoh tiga tahun program tersebut.

Selain BEDP, Matrade turut mengendalikan program serupa membabitkan syarikat milik usahawan wanita di bawah Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) yang dimulakan sejak 2005.

Sehingga kini, 88 syarikat milikan wanita terpilih menyertai WEDP dan tahun lalu, RM38.25 juta jualan eksport berjaya dicatatkan hasil daripada penyertaan mereka dalam aktiviti promosi eksport.

Sabtu, 23 November 2013

CONTOH PERBELANJAAN BERHEMAH

asalamualaikumdan dan salam maju jaya.

pepatah melayu ada menyebut rezeki secupak tidak akan jadi segantang. begitulah juga dengan konsep kewangan kita iaitu kewangan kita tidak akan bertambah menjadi banyak sekiranya usaha kita hanayalah sekadar secupak. Justeru kita perlu bijak menguruskan kewangan kita. Antara contoh perbelanjaan berhemah ialah:

1) Membuat simpanan bulanan.
 setelah anda mendapat gaji bulan anda perkara utama yang perlu anda lakukan dahulu ialah membuat simpanan. ini kerana jika anda berbelanja terlebih dahulu nescaya tiada yang baki untuk disimpan. konsep pengurusan wang yang bijak ialah anda simpan dahulu sedikit dari gaji anda, buat bayaran-bayaran wajib seperti hutang rumah dan kereta, bayaran lain2, barangan dapur dan jika terdapat lagi baki pada hujung bulan masukkan dalam simpanan.

2) membuat akuan bulanan 

tujuannya ialah untuk mengetahui barapa kos perbelanjaan kita pada bulan itu. adakah sama dengan bulan yang sebelum atau lebih. tujuan lain ialah untuk mengetahui ke mana duit kita pergi. kaedah ini akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam bebelanja.






3) membeli barang yang perlu.
anda hendaklah tahu membezakan antara keperluan dan kehendak. keperluan adalah suatu perkara yang mesti seperti makan,pakai, dan rumah. manakala kehendak adalah perkara yang sampingan sebagai contoh makanan yang mahal, pakaian yang berjenama dan mahal dan rumah mewah. Belilah barang yang perlu sahaja, bersukur dan elakkan pembaziran. sebagai contoh jika kita ada banyak baju dan masih banyak yang tersimpan dalam almari jadi tak perlulah untuk kita beli yang baru. jika sekali sekala atau ada wang yang lebih baru beli. 

                                                      4) beli barang yang murah
membeli barang yang murah boleh menjimatkan. Barang yang murah jika dijaga akan tahan lama seperti barang yang mahal. Anda juga boleh membeli barang yang mahal tetapi belilah pada masa ada sale ianya akan menjimatkan wang anda.

5) membuat pelaburan.
wang yang ada simpan seeloknya dilaburkan dengan bijak.pilihlah unit amanah yang betul dan memberi jaminan keuntungan kepada anda sebagai contoh laburkan wang anda di dalam ASB atau tabaung haji. membeli Emas atau perak ( boleh juga membuka akaun emas dan perak di mana-mana bank).

6) menyediakan sampul perbelanjaan tetap

menyediakan sampul perbelanjaan dan anda perlu menetapkan minimun setiap bayaran seperti bil TNB, bil Telefon, bayaran rumah, bayaran kereta, perbelanjaan dapur dll. jika bulan itu perbelanjaan kurang dan terdapat baki anda boleh simpan atau topupkan sahaja untuk bulan hadapan. sediakan juga sampul wang kecemasan.

6) bersukur dan elakkan pembaziran
bersukur akan membuatkan kita lebih berjumat cermat. manakala menjauhkan diri dari sifat membazir akan mengelakkan kita dari kerugian wang.

sekadar itu perkongsian saya. semoga ianya bermanfaat. wassalam.

Isnin, 4 November 2013

PELABURAN PERAK

asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

 Sedikit perkonsian mengenai pelaburan perak. Ramai yang telah mengetahui mengenai pelaburan emas dan sememangnya ia adalah pelaburan yang menguntungkan. antara kelebihan pelaburan perak ialah ia selamat terhadap inflasi ekonomi. pelaburan perak juga adalah murah berbandaing emas mengikut harga semasa.

ada 2 kaedah pelaburan perak:-
  1. pertama ialah pelaburan perak fizikal. iaitu dengan membeli perak fizikal samada dalam bentuk jongkong, wang syiling mahupun barangan kemas. 
perak fizikal
  2. yang kedua ialah saham pealburan perak. simpanan perak secara saham biasanya dikira dalam bentuk unit saham. biasanya semasa membeli unit saham kita akan membeli dalam kiraan gram bukan RM. kumpul duit sikit-sikit dan bila capai 20g anda bolehlah membuka akaun pelaburan perak.
sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. salam maju jaya. wassalam


Sabtu, 19 Oktober 2013

konsep perniagaan orang cina.

asalamualaikum dalam salam sejahtera. 

peta negara china


Bangsa cina sememangnya terkenal dengan sikap rajin bekerja dan pandai dalam perniagaan. semenjak dahulu lagi sikap rajin mereka dikagumi sehingga bangsa cina terkenal diseluruh dunia. Di mana ada bandar di situ ada bangsa cina contohnya di U.S. adanya chinatown. 

salah sebuah Chinatown


antara rahsia bangsa cina ialah:-
1) perniagaan adalah maruah. 
orang cina kurang kerja makan gaji macam kita. mereka lebih gemar berniaga kerana bagi mereka perniagaan adalah suatu maruah dan kebanggaan. apabila bertemu sanak saudara mereka akan saling berbual mengenai perniagaan masing-masing. bertukar cerita dan berkongsi pengalaman. jika ada peluang memajukan perniagaan mereka akan saling membantu.

2) rajin dan tidak mudah putus asa.
sikap rajin  dan tidak mudah putus asa bangsa cina adalah sangat dipuji. penulis pernah lihat bangsa cina di tempat tinggal penulis yang rata-rata berniaga. kebanyakan mereka begitu semangat menjalankan perniagaan kerana bagi mereka jika malas akan miskin.

3) jalinan perniagaan.
bangsa cina tidak seperti sesetengah bangsa yang iri hati dan saling menjatuhkan. bangsa cina kebanyakan bersaing secara sihat. orang cina mempunyai jaringan yang kuat antara satu sama lain samada bagi mendapatkan modal perniagaan, ilmu berniaga dan lain-lain lagi. sebagai contoh ada sebuah kedai perabut yang SPM pun tidak lulus tetapi dapat menjalankan perniagaan perabutnya dengan baik. penulis bertanya dari mana dapat modal? tauke itu pun jawab ini semua barang pak cik saya, saya cuma tolong jual saja. ini menunjukkan melalui jaringan ini tiada duit bukan masalah kerana barangan boleh pusing dengan menjual barangan orang lain terlebih dahulu.

4) amanah
orang cina amanah dengan wang dan kerjanya. jarang kita lihat orang cina curi tulang semasa kerja. kadang-kadang masa makan dan rehat pun adalah masa untuk bekerja. orang cina juga amanah dengan wang diperolehi. mereka tidak akan joli keuntungan yang ada terlebih dahulu sebaliknya keuntungan akan disimpan sebagai modal membesarkan perniagaan.

5) untung sikit cukup
pada mulanya penulis tidak percaya pada seloga ini. tetapi setelah penulis membaca sebuah buku mengenai sikap orang cina dalam perniagaan baru penulis faham. orang cina tidak mengharapkan untuk besar serta merta tetapi mereka mengharapkan untung yang berpanjangan. kerana keuntungan berpanjangalah yang akan memastikan hidup mati sebuah perniagaan.

6) mulalah dari yang kecil.
oarng cina percaya setiap yang besar bermula dari yang kecil. tidak ada suatu perkara ber,mula dari yang besar. untuk berjaya dalam perniagaan kita hendaklah bermula dari kecil-kecilan. maksudnya, untuk berjaya kena mulakan perniagaan walaupun ianya secara kecil-kecilan. jika tidak dimulakan bagaimana hendak mengharapakan perniagaan yang besar. pasar raya yang beser asalnya bermula dari sebuah kedai runcit sahaja.


sampai sini sahaja perkongsi. salam maju jaya. wasssalam.

Ahad, 6 Oktober 2013

bijak urus wang

asalamualikum dan salam maju jaya.

ilmu menguruskan wang merupakan suatu kemahiran yang perlu di pelajari dan dikuasai. tanpa ilmu dan kemahiran ini, wang yang tinggi setinggi gunung juga lambat laun akan habis jua. 

 dengan ilmu dan kemahiran yang dipelajari akan membuatkan wang yang kita ada bertumbuh subur dengan baik. terdapat dua cara untuk mendapatkan ilmu dan pengurusan wang ini. pertama dari agensi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dan yang kedua agensi berbayar.

1) agensi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan biasanya tidak mengenakan apa-apa bayaran terhadap khidmat nasihat kewangan yang diberikan. anatara agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan ialah Agensi kaunseling dan pengurusan kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK dan bank negara malaysia.

2) agensi berbayar pula terlalu banyak. untuk mendapatkan khidmat secara berbayar memang sangat mudah asalkan anda sanggup untuk membayarnya.... rasanya penulis tidak perlu untuk tuliskan nama agensi2 yang menjalankan khidmat nasihat kewangan. anda hanya taip di google akan terpampang nama2 agensi berkenaan.

kesimpulannya, ambillah masa mencari ilmu untuk menguruskan wang anda agar anda tidak mudah ditipu dan wang anda akan lebih bertambah dengan cara yang betul. salam maju jaya.

Rabu, 14 Ogos 2013

cara mendapatkan wang sampingan

sambungan cara mendapatkan duit sampingan.........

c) menyertai peraduan
ramai yang mencari pendapatan dengan menyertai pertandingan seperti pertandingan menulis, mencipta logo, mencipta lagu dll. ada juga yang berbentuk peraduan yang biasanya dianjur oleh firma2 pernigaan seperti nestle, power root dll. tetapi penulis lebih gemar menyertai pertandingan yang diajurkan oleh pihak keranajaan kerana ianya bukun bermotif keuntungan. jika pertandingan yang dianjur oleh pihak pernigaan ia lebih bermotif keuntungan pihak mereka dahulu. tak kisah samada peraduan itu diajur pihak kerajaan atau swasta yang penting cubalah mana tahu rezki...

d) menulis
menulis juga boleh mendatangkan pendapatan sampingan, samada menulis ebook atau buku sebenar. kedua2nya memberi pendapatan. cuma ebook agak menguntungkan kerana kos untuk mencetak dan menerbit tidak perlu.

rasanya itu sahaja penulis nak kongsikan... apa pun jangan putus asa kerana tips kejayaan ialah kesabaran dan tidak mudah putus asa...salam maju jaya.

Sabtu, 27 Julai 2013

cara mendapatkan pendapaatan sampingan.

asalamulaikum dan salam sejahtera..
 bukan senang nak senang. dan bukan susah nak susah. orang yang senang biasanya akan susah terlebih dahulu betulkan??? hidup ni macam kita buka suis lampu. kalau betul suis yang kita pilih maka lampu akan menyala tapi sebaliknya kalau alah suis lampu tidak akan menyala, sebelum kita jumpa suis yang betul ( sumber rezki kita ) kita terpaksa try banyak suis. ada yang first time try terus kena dan ada yaang masih dok try sampai sekarang..

so saya nak share beberapa suis hari ini. antaranya:-
a) buat blog.
cara ini ramai orang guna termasuklah saya. hi3 tapi nak cari pendapatan dengan blog nie kenalah mahir bab nak edit bagi cantik, menarik dan tetarik. melalui blog anda boleh cuba menjana pendapatn dengan google adsanse, clickbank, nuffnang dll.

b) jual ruang iklan di blog
kalau blog anda mmg ramai pengunjung anda memang boleh buat duat dengan menjual ruang iklan di blog anda. ramai yang mencuba cara ini dan memang terbukti adalah duitnya.

c) bersambung................ jom buka puasa.... wasalam.

Jumaat, 5 Julai 2013

Ramadhan bulan yang barakah.....

selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pembaca....
 keberkatan ramadhan bukan sahaja menggandakan pahala seseorang bahkan ramadhan yang datang turut mengandakan rezki terutamanya orang yang berniaga. ada seorang kawan penulis mendapat keuntungan sebannyak RM10 000 daripada berniaga murtabak di bazar ramadhan. itu pun dia hanya berniaga selama 15 hari sahaja. Jd bulan ramdhan adalah peluang bagi sesiapa yang ingin mencari sedikit duit Raya.... tetapi jangan sibuk berniaga menyebabkan kita terlepas terawih dan puasa....

Khamis, 4 Julai 2013

TIPS KEJAYAAAN

Tip ini diambil daari ucapan Encik Abuayubul Ansar pengasas Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd. seseorang yang berminat untuk mencuburi bidang perniagaan perlu memiliki A + B + C + D.

A ialah Attitude (sikap)

B ialah Belift (percaya)

C ialah Can Do It (boleh melakukannya)

D ialah Do It (melakukannya)

Ahad, 12 Mei 2013

RAHSIA MENJADI KAYA

asalamualaikum dan salam maju jaya....

saya pernah terbaca beberapa tips untuk murah rezki dan jadi kaya. perkara ini perlu diamalkan dengan penuh keyakinan... antara tipsnya ialah:

1) banyakkan bersedekah- orang mesti hairan kenapa makin sedekah makin kaya. itulah rahsianya. menurut pembacaan saya syed mokhtar bukhari adalah orang yang suka bersedekah.

 2) menghubungkan silatur rahim. bagi yang ada mak dan ayah kenalah menjaga hubungan yang baik. ini juga terbukti pada beberapa orang hebat berjaya disebabkan oleh hubungan yang baik dangan mak dan ayah. hubungan dengan sanak saudara juga perlu dijaga.

3) banyakkan istigfar- orang yang banyak minta ampun akan dilapangkan rezki oleh allah. manakala orang yang banyak melakukan maksiat akan disempitkan rezki oleh Allah taala.

4) solat sunnat dhuha- amalan sunnat dhuha akan melapangkan rezki seseorang berdasarkan hadis Nabi S.A.W.

5)  menjadi insan yang bertaqwa- ini kerana al-quran sendiri memberi jaminan barang siapa yang bertaqwa akan lapangkan rezkinya.

ok, sampai disini saja perkongsian. moga kita dapat mengamalkanya. selamat menjadi usahawan yang bertaqwa. wassalam.

Selasa, 16 April 2013

Biar wang bekerja untuk anda........................ antara unit trust yang aktif.

PHB agih pendapatan 3.35 sen seunit
Wartawan Sinar Harian
16 April 2013
PHB agih pendapatan 3.35 sen seunit
Bangunan pejabat 20 tingkat di Bangsar South City adalah hartanah terbaru dibeli PHB.
Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (Maybank AM) mengumumkan pengagihan pendapatan interim 3.25 sen seunit bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2013.

Jumlah itu membawa kepada pengagihan pendapatan RM33.7 juta dan yang kelima dilakukan oleh AHB kepada pemegang unit sejak dilancarkan November 2010.

Bagi pelaburan tunai, pengagihan pendapatan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang unit pada 16 April 2013 manakala bagi Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 KWSP.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, AM Nor’ Azamin Salleh berkata, sejak dilancarkan, AHB mendapat sambutan luar biasa daripada pelabur Bumiputera seluruh negara dan dana diperuntukkan dilanggan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

"Pada suku keempat 2012, apabila pengumuman dibuat untuk menambah saiz dana sebanyak 500 juta unit, AHB terus mendapat sambutan positif bagi unit tambahan itu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, nilai keseluruhan aset PHB yang telah siap dibina kini berjumlah lebih kurang RM1.8 bilion.

“Pembelian ini membuktikan tumpuan kami terhadap pelaburan hartanah bermutu tinggi yang mempunyai potensi pertumbuhan.

"Pengambilalihan terbaru PHB adalah bangunan pejabat 20 tingkat yang dikenali sebagai Menara 3, Avenue 7 yang terletak di Bangsar South City. Buat masa ini, bangunan itu dihuni terutamanya oleh syarikat antarabangsa," katanya.

Ahad, 10 Mac 2013

5 Tips Usahawan Berjaya


1. MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan
mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak
kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan
dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,
kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.
Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang
lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila
perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam
menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.
Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan
untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan
tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak
pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang
berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas
keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

2. BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih
daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extra
mile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam
perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya
apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan
pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang
berjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk
memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat
peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha
sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih
daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada
perniagaan anda.

3. MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan
menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam
tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan
bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai
cirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada
statistic ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi
kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang
tinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaan
tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting
dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui
menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari
kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan
juga seminar komunikasi.

Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah
suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,
ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali
melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,
berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga
untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada
mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,
memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

4. FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang
telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat
oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka
perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan
perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,
produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu
penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa
yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.
Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda
perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya
wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan
keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

5. TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Warga Forum sekalian, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan
gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya!
Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda
bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang
boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji
lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi
dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan
dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa
lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam
usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki
tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu
perniagaan

p/s-dipetik dari laman=  http://www.iklanlink.com

Sabtu, 9 Mac 2013

kenapa kita perlu belajar berniaga

Asalamualikum dan salam sejahtera 

 Ketahuilah bahawa 9/10 daripada sumber rezeki adalah perniagaan. justeru kita sebagai orang yang ingin maju didalam hidup perlu belajar-belajar untuk berniaga. orang yang hanya maka gaji hidupnya statik berbanting orang yang berniaga. perhatikan orang yang berjaya semuanya melalui perniagaan. untuk maju di dalam dunia perniagaan sifat yang perlu ada adalah sifat berani, tidak putus asa dan sentiasa belajar. mulalah dengan modal yang sedikit jika takut risiko yang besar.. 

"jom sama-sama kita belajar berniaga".